Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

902 Pelajar Kembali ke PPD

By 7 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Rozita Ibrahim (Politeknik Port Dickson)

PORT DICKSON, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Kemasukan 902 pelajar senior Politeknik Port Dickson (PPD) yang kembali ke kampus berjalan dengan lancar baru-baru ini.

Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua pelajar, deklarasi kesihatan di aplikasi Sistem Deklarasi Kesihatan dan Penilaian Risiko Covid 19 (PolyCcDec) perlu dibuat oleh pelajar selama tiga hari sebelum hadir ke kampus.

Pada 28 Februari 2022, PPD telah menerima pendaftaran kemasukan lebih 400 pelajar baharu bagi sesi dua 2021/2022 secara bersemuka dalam suasana norma baharu.

Minggu Transformasi Siswa (MTS) dalam suasana norma baharu secara bersemuka dan dalam talian telah dijalankan dengan pelbagai pengisian antaranya Sesi Bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Jabatan Sukan, Kebudayaan dan Kokurikulum (JSKK) serta Majlis Pewakilan Pelajar (MPP).

-ZS-

Tinggalkan komen anda