
Laporan/foto: Masitah Binti Mat Zin (Seremban)
SEREMBAN, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Program berkhatan secara beramai-ramai setiap kali musim cuti persekolahan perlu terus diadakan bagi merapatkan hubungan silaturrahim dan menjimatkan perbelanjaan penjaga.
Abu Talib Saad, Pengerusi Surau Taman Sri Mawar berkata, usaha menganjurkan program itu perlu dilakukan setiap kali tiba musim cuti persekolahan dan dijadikan budaya disamping dapat membantu mengurangkan kos berkhatan yang agak tinggi pada ketika ini.
“Kanak-kanak juga lebih berani dan yakin apabila bertemu rakan mereka yang sama-sama berkhatan,” katanya pada Program Khatan Beramai-ramai di Surau Taman Sri Mawar, Senawang di sini semalam.
Program anjuran Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Taman Sri Mawar, Senawang itu disertai seramai 22 kanak-kanak yang melibatkan pelbagai usia.
-ZS-