Laporan/foto: Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)
KUALA NERUS, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 96 buah keluarga dari Dewan Undangan Negeri (DUN), Buluh Gading telah menerima sumbangan berikutan terkesan dengan bencana banjir yang melanda pantai timur, baru-baru ini.
Sumbangan berkenaan diberikan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan disampaikan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kepada mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong.
Turut hadir adalah ADUN Buluh Gading, Ridzuan Hashim dan majoriti penerima berasa bersyukur kerana kecaknaan pemimpin tempatan dalam memastikan kebajikan rakyat terbela.
-ZS-