Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Gateh D’ Tranung Disambut Meriah

By 21 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Ahmad Nazri Ramli (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) menganjurkan Jelajah Terengganu bertemakan Tour Gateh D’ Tranung 2022 yang disambut meriah dan berjaya menghimpunkan penyertaan daripada 27 pasukan dari seluruh negara dan dua pasukan dari negara Singapura bagi merebut wang tunai berjumlah RM60,000.

Kejohanan ini melibatkan laluan sejauh 600 kilometer yang terdiri daripada lima peringkat perlumbaan.

Jelajah yang bersiaran secara langsung melalui ‘live streaming’ selama enam hari ini dijangka menarik lebih ramai penonton seluruh dunia dan secara tidak langsung menjadi medan terbaik mempromosikan Terengganu di mata dunia.

Pelepasan Perlumbaan Peringkat saru melibatkan laluan Kuala Terengganu ke Besut telah disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab pagi tadi, di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda