Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MSL untuk Budayakan Sukan dalam Kalangan Masyarakat

By 21 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: A. Prabagaran Assaithampi (Petaling)

SHAH ALAM, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melancarkan Malaysia Sports League (MSL) bertujuan membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata hasrat itu dapat dijayakan menerusi penglibatan masyarakat seterusnya menyokong usaha memperkasakan komuniti yang mengamalkan gaya hidup sihat.

“Sasaran seramai 133,000 orang penyertaan di seluruh negara bermula pada 19 Mac hingga Ogos ini secara berperingkat di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan,” katanya.

Menurutnya, MSL akan mempertandingkan acara-acara sukan seperti futsal, bola jaring, bola keranjang, badminton dan sepak takraw.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan MSL di Kompleks Sukan Shah Alam (Panasonic), di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda