Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Jualan Kurma di Labuan Semakin Rancak

By 28 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus

LABUAN, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Jualan kurma di Labuan semakin rancak menjelang Bulan Ramadan yang bakal tiba kurang seminggu dari sekarang.

Tinjauan mendapati pelbagai jenis kurma berharga serendah RM7.30 hingga RM130 sekotak sudah dijual di kebanyakan kedai dan pasar raya.

Menurut seorang peniaga yang menjual kurma, Mohd Yusuff, 40, bekalan kurma untuk bulan Ramadan mula diterima minggu lalu dan permintaan dijangka terus meningkat dalam masa terdekat.

Umat Islam digalakkan berbuka puasa dengan kurma kerana ia merupakan makanan sunnah selain kaya dengan nutrisi, vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang baik untuk tubuh badan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda