Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Hospital Pakar Putra Melaka Naik Taraf Kemudahan X-Ray

By 28 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mastika Hablum (Melaka)

MELAKA, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Sempena dengan perasmian Klinik Putra Sdn Bhd, Hospital Pakar Putra Melaka telah menaik taraf kemudahan X-Ray ke tahap pendigitalan terkini yang dapat memberi kepuasan pelanggan yang lebih baik sekaligus menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan kesihatan yang terunggul di Malaysia.

Mesin Digital Fuji X-Ray yang telah dilancarkan baru-baru ini merupakan produk terbaru yang berkualiti tinggi dengan kos yang efektif serta mempunyai pelbagai fungsi dengan sisyem X-Ray automasi penuh dan sistem FDR Smart X yang terkini.

Klinik Putra Sdn Bhd dimiliki oleh Perbadanan Ketua Menteri Melaka dan Hospital Pakar Putra Melaka (Melaka) Sdn Bhd yang bertempat di MITC menyediakan perkhidmatan pesakit luar dengan kemudahan terbaik mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia. Majlis dirasmikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda