Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sambutan Peringatan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Kedah Meriah

By 28 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Firdaus bin Mahmud (Kedah)

SUNGAI PETANI, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Sambutan sempena Hari Anti Dadah Kebangsaan 2022 Peringkat AADK Negeri Kedah diadakan hari ini di PPR Paya Nahu Sungai Petani.

Hadir bagi merasmikan program ini EXCO Kerajaan Negeri Kedah Dr. Norhayati Osman. Dalam ucapan nya, beliau menyatakan bahawa penyertaan masyarakat dan “Pengwujudan SKUAD Anti Dadah dan SKUAD Muda adalah satu platform terbaik yang mampu membantu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat terutamanya di peringkat komuniti.”

Acara utama adalah “Pocket Talk” yang disampaikan oleh Ketua Pegawai AADK Kota Setar/Pokok Sena, Hafizi Yahya. Pelbagai acara menarik turut diadakan seperti permainan interaktif, Bas Pameran Bergerak AADK, pertandingan gubahan tuala dan puding serta pertandingan sepak raga tuju. Jabatan Penerangan Malaysia juga telah melaksanakan Program Info on Wheels untuk menyampaikan informasi terkini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda