Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Industri Kelapa Berupaya Ubah Landskap Ekonomi Sabah

By 21 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Bustan Made Aming/Shahvian Mohd Razali (Sabah)

BELURAN, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Industri pertanian berasaskan kelapa berupaya mengubah landskap ekonomi Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, pelaburan Syarikat Linaco bernilai RM400 juta bakal memberi impak besar terhadap pembangunan ekonomi menerusi pegangan 30 peratus oleh kerajaan negeri.

Tambahnya, industri yang diusahakan oleh syarikat itu termasuklah penyediaan insfrakstruktur yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2026 serta kilang pemprosesan kelapa yang menyediakan 4,400 peluang pekerjaan kepada penduduk Paitan dan komuniti berdekatan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ladang Kelapa Linaco di Daerah Kecil Paitan, pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia, Datuk Seri Ronald Kiandee, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong.

-ZS-

Tinggalkan komen anda