Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kediaman Selesa Bakal Dinikmati Warga Tentera Kem Lok Kawi

By 2 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzaima Ibrahim/Pasukan Projek Sabah

PUTATAN, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Warga tentera di Kem Lok Kawi bakal menikmati kediaman Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang lebih selesa selepas kerja-kerja pembinaan rumah baru dilaksanakan kelak.

Projek yang menelan belanja RM188 juta itu merangkumi pembinaan 513 unit RKAT serta kemudahan lain seperti tempat letak kenderaan terbuka, empat unit taman permainan kanak-kanak, pencawang elektrik, menara tangki, rumah pam dan 14 unit rumah sampah yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025.

Projek pembinaan ini merupakan sebahagian daripada perancangan Tentera Darat (TD) sejajar dengan hasrat pihak kerajaan dalam menyediakan kediaman yang selesa mengikut kelayakan serta memenuhi Aspirasi Keluarga Malaysia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda