Laporan/foto: Anis Hayati Tom
RANAU, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Sabah Tea merupakan taman teh komersial tunggal terbesar di Borneo dengan keluasan 1000 ekar.
Kepadatan flora dan fauna liar yang tumbuh di kawasan tanah tinggi menjadikan ladang Sabah Tea sebagai lokasi yang ideal sebagai pusat kajian alam semua jadi dan juga menjadikannya sebagai antara salah satu ladang penanaman teh yang mempunyai sijil pengiktirafan menghasilkan teh organik di dunia.
Justeru, Sabah Tea bukan sahaja popular dalam kalangan penduduk tempatan untuk merakam foto, malah menjadi tumpuan pengunjung luar negara untuk mengabadikan memori.
-ZS-