Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Warga Emas di Temerloh Pula Terima Kad Kesihatan

By 17 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Yamuna/Nol Ainilhayati

TEMERLOH, 17 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 796 orang warga emas di Temerloh menerima Kad Kesihatan Warga Emas Negeri Pahang.

Kad Kesihatan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang YB Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin di Dewan MPT Lanchang baru-baru ini.

Penerima kad kesihatan ini yang merupakan penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh mendapatkan rawatan prosedur am atau urusan perubatan di 50 klinik swasta yang telah dilantik sebagai panel.

-ZS-

Tinggalkan komen anda