Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Mangsa Tanah Runtuh Taman Bukit Permai 2 Tanggung Kerugian Besar

By 22 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Asri Awang Ya/Nur Hafif Zainurdin (Hulu Langat)

AMPANG, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Penduduk Taman Bukit Permai 2 yang terlibat dengan bencana tanah runtuh pada petang 10 Mac lalu kini telah mula membawa keluar kenderaan mereka untuk dibaiki setelah kerja-kerja pembersihan kawasan dilakukan.

Pelbagai jenis kenderaan didapati rosak akibat tertimbus dengan tanah untuk masa yang lama. Pemilik terpaksa menanggung sendiri segala kos baik pulih kenderaan mereka berikutan tidak dilindungi oleh insuran bencana.

Terdapat juga kerosakan struktur rumah yang perlu dibaiki dengan segera akibat terkena tanah runtuhan sehingga masuk ke dalam rumah mereka. Sehingga hari ini masih belum ada sebarang pengumuman bantuan bagi tujuan baik pulih kerosakan.

Mangsa terlibat berharap akan ada bantuan sama ada daripada pihak kerajaan atau perseorangan bagi meringankan beban mereka menanggung kos-kos terbabit.

-ZS-

Tinggalkan komen anda