Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Jawatankuasa Penyelaras K-KOMM Jayakan Sambutan Hari Seniman Negara Peringkat Negeri Sembilan

By 22 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzilawati Kamarudin (Seremban)

SEREMBAN, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Usaha mengiktiraf kecemerlangan penggiat industri kreatif yang terbabit dalam bidang seni telah menjadi pencetus kepada Sambutan Hari Seniman Negara di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan seni budaya dalam mewujudkan Keluarga Malaysia yang menghargai seni tanpa mengira bangsa.

Serentak diadakan di seluruh negara pada hari ini, 22 Mac merupakan pemilihan tarikh baharu bersempena tarikh kelahiran Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Kerjasama strategik yang dimainkan oleh Jabatan Penerangan, RTM, SKMM, Telekom Malaysia, Pos Malaysia dan Bernama sebagai Jawatankuasa Penyelaras K-KOMM di Negeri Sembilan telah berjaya melaksanakan Pelancaran Hari Seniman Negara Peringkat Negeri Sembilan buat kali pertama dengan dihadiri oleh karyawan seni termasuklah pelakon, artis kebudayaan dan dari persatuan seni Negeri Sembilan.

Turut hadir ialah ADUN Kota, Datuk Seri Awaludin Said ke program ini yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda