
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat (Perlis)
CHUPING, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan melancarkan projek Pembangunan Perlis Inland Port (PIP) pada pagi ini.
Baginda bertitah dalam ucapan pelancaran, perancangan pembangunan Perlis Inland Port (PIP) ini telah bermula pada tahun 2014, baginda menzahirkan sukacita atas pelaksanaan PIP yang telah diambil pelbagai langkah dan tindakan oleh Kerajaan negeri Perlis dan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan perancangan ini dapat di realisasikan, sekaligus kejayaan pada projek ini akan memberi impak perkembangan dalam ekonomi terutama sektor perindustrian dan juga logistik di negeri Perlis.
PIP ini adalah merupakan sinergi awam dan swasta dengan peruntukan RM318.0 juta bagi tujuan pembangunan infrastruktur luaran dan RM1.2 bilion daripada pelaburan swasta bagi pembangunan kawasan operasi.
-ZS-