Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pelancaran Program PICKids Tuaran Galak Pemberian Vaksin Kanak-Kanak

By 15 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fadzel Ramneh

TUARAN, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Pelancaran Program PICKids di Daerah Tuaran menggalakkan pemberian vaksin bagi melindungi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Pada program yang diadakan di Bilik Seminar dan Pusat Pemberian Vaksin Hospital Tuaran itu, seramai 50 orang kanak-kanak diberikan suntikan vaksin dos pertama jenis Pfizer.

Pegawai Daerah Tuaran, Syahrin Samsir berharap melalui pelancaran itu, kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk membenarkan anak mereka mendapatkan vaksin dapat ditingkatkan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda