Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Norizam Pengarah Baharu Politeknik Merlimau

By 15 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rozer Masudin/PMM

MERLIMAU, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Politeknik Merlimau (PMM) telah menerima pengarah baharu iaitu Norizam Sekak berkuat kuasa pada 14 Mac 2022 bagi menggantikan pengarah terdahulu Mohd Hatta Zainal.

Menurut Norizam, pelantikan beliau sebagai Pengarah PMM yang baharu ibarat ā€œsirih pulang ke gagangā€ kerana sebelum ini beliau pernah bertugas di PMM pada tahun 2012 sebagai Ketua Jabatan Perdagangan, PMM.

ā€œPerjalanan saya sebagai penjawat awam telah bermula sejak tahun 1997 dan telah berbakti di tujuh institusi dan saya yakin bahawa sekiranya semua pihak bersatu hati tidak mustahil untuk apa sahaja perkara dapat dicapaiā€, katanya lagi kepada pemberita.

Untuk rekod, beliau sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan penting di politeknik dan kolej komuniti. Jawatan terakhir beliau ialah Pengarah Kolej Komuniti Segamat 2 dari tahun 2019 hingga 2021.

-ZS-

Tinggalkan komen anda