Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Initiatif PJKM Kurang Beban Kos Sara Hidup

By 14 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Awg Asmanizam  /Janica Jasmine

MERADONG, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Program dua hari Jualan MyRakyat dan Keluarga Malaysia yang berakhir semalam merupakan inisiatif kerajaan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Menurut Wakil Pengarah FAMA, Lois Uggah, objektif utama program ini adalah untuk membantu usahawan agromakanan, pemilik ladang kontrak dan usahawan industri makanan dan asas tani memasarkan produk segar secara jualan kepada komuniti setempat dengan harga yang berpatutan.

Terdahulu, Datuk Ding Kuong Hiing, ADUN Meradong telah hadir merasmikan PJKM anjuran bersama KPDNHEP dan FAMA di Tebingan Sungai Rajang Bintangor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda