Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Library@KKIA Perpustakaan Pertama dalam Lapangan Terbang

By 14 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dexter Cysonned (Sabah)

KOTA KINABALU, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menjadi lapangan terbang pertama memiliki perpustakaan sendiri yang dikenali sebagai Library@KKIA.

Pelancaran perpustakaan itu dilakukan pada 3 Mac dan turut menawarkan keahlian percuma kepada pengunjung sepanjang bulan pertama pembukaan.

Menurut Penolong Pegawai Perpustakaan, Ainah Idris, penubuhan perpustakaan itu merupakan inisiatif Perputakaan Negeri Sabah dalam membudayakan pembacaan.

Tambahnya, perpustakaan itu dibuka setiap hari termasuk cuti umum dari jam 9 pagi hingga 6 petang dan menawarkan kemudahan seperti IT Zone, Charging Zone, Reading Zone serta tempat santai untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Kids Zone.

-ZS-

Tinggalkan komen anda