Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Sektor Promosi Kesihatan Jalin Kerjasama Dengan JaPen Sabah

By 9 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Len/Nasrie Tapisil

KOTA KINABALU, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Ke arah meningkatkan kadar vaksinasi di negeri ini, Sektor Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menjalin kerjasama dengan Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Abdul Razak Mohd Noh memaklumkan, pihaknya akan memperhebat kempen serta hebahan berkaitan vaksinasi COVID-19 termasuk dos penggalak serta Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di seluruh daerah.

Razak ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah di Wisma Dang Bandang, pada Selasa.

Hadir sama, Penolong Pengarah Kanan, Ervinna Marie Donny dan Ketua Juruaudio Visual, Suhaili Matli dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, JAPEN Sabah, Azman Sipan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda