Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

PEDi Mudahkan Urusan Perniagaan

By 9 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus

LABUAN, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) memudahkan urusan perniagaan seorang pengusaha gerai makanan.

Menurut Juriyah Mustaffa, 38, pelbagai urusan perniagaan secara dalam talian boleh dilakukan di PEDi Kampung Lubok Temiang seperti proses pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan transaksi pembayaran bil air dan elektrik.

“Selain itu, dengan tunjuk ajar kakitangan PEDi saya juga belajar kemahiran ICT dan boleh menghasilkan menu makanan sendiri untuk gerai saya tambahan pula ada perkhidmatan mencetak, mesin pengimbas, ‘laminating’ dan ‘binding’,”katanya semasa ditemui di PEDi Lubok Temiang semalam.

Beliau yang sudah menggunakan perkhidmatan di pusat itu sejak kira-kira lima tahun lalu turut menyeru komuniti setempat agar memanfaatkan segala kemudahan dan perkhidmatan latihan yang disediakan untuk memajukan diri sendiri dengan pelbagai  bidang kemahiran mahupun keusahawanan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda