Laporan/foto: Fasharina Kholil/Basyar Abdullah (Sik)
SIK, 25 April (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang asnaf daripada ibu bapa tunggal dan anak-anak yatim menerima sumbangan Aidilfitri sebagai persiapan menyambut Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Pengurus Besar Lotus’s Store Bandar Puteri Jaya Rizal Rauf berkata sumbangan 50 kotak bakul makanan daripada pasar raya terkemuka itu merupakan salah satu khidmat komuniti yang bertujuan membantu mereka yang memerlukan.
“Ini merupakan sebahagian daripada sumbangan untuk golongan asnaf sempena bulan ramadan ini. Menerusi program begini, kami dapat menyantuni golongan kurang bernasib baik serta membantu meringankan beban perbelanjaan mereka terutamanya menjelang hari raya nanti,” jelasnya ketika ditemui, di sini kelmarin.
Majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Sik turut menyumbangan pakaian, duit raya dan pek makanan kepada anak-anak yatim tajaan Busana Noriah Sdn Bhd dan Restoran Marrybrown Guar Chempedak.
-ZS-