Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

PL Hargai Sumbangan MPPWP dan JPKK Tangani COVID-19

By 25 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 25 April (Malaysiaaktif) – Perbadanan Labuan (PL) menghargai sumbangan dan kerjasama yang diberikan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Labuan (MPPWP) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Labuan dalam menangani penularan COVID-19 di pulau itu.

Menurut Pengerusinya Datuk Seri Amir Hussien, MPPWP dengan kerjasama ketua-ketua kampung telah terlibat secara langsung mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada penduduk yang terjejas terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan mengikut kampung-kampung di setiap zon.

“MPPWP dan JPKK  turut terlibat dalam menjayakan program vaksinasi ketika Labuan mencatatkan kadar peningkatan jangkitan agak  agak tinggi antara bulan Jun hingga Ogos 2021.

“Program vaksinasi ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk. Labuan merupakan Wilayah Persekutuan terawal mencapai herd immunity berbanding Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya pada Majlis Apresiasi Dan Iftar Pengerusi Perbadanan Labuan Bersama JPKK dan MPPWP Labuan, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda