Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Bubur Banging perlu Diketengahkan kepada Masyarakat

By 11 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 11 April (Malaysiaaktif) – Jika Kampung Baru di Kuala Lumpur terkenal dengan ubur lambuk, Labuan juga mempunyai makanan tradisi tersendiri iaitu bubur banging.

Menurut Pengerusi Persatuan Pantaran Biskita, Amit Hamdani, makanan tradisi warisan kaum Melayu Brunei Kedayan itu perlu diketengahkan semula kepada orang ramai.

“Kami ingin mengembalikan semula tradisi memasak bubur banging kepada kepada orang ramai terutamanya generasi muda dan pelancong.

“Bubur ini sering menjadi hidangan majlis keramaian dan mempunyai keunikan tersendiri.

“Bahan-bahan utamanya menggunakan beberapa jenis beras barrio, beras pandan selain beras biasa yang digoreng tanpa minyak selama empat jam,” katanya semasa ditemui pada program memasak dan mengagihkan bubur itu secara pandu lalu di Kampung Tanjung Aru Nelayan, semalam.

Program selama dua hari yang mendapat kerjasama beberapa pertubuhan dan persatuan itu berjaya mengagihkan 1000 bekas bubur kepada masyarakat setempat, masjid dan surau berhampiran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda