Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Wira Kampung Disantuni Kerajaan Negeri Kedah

By 11 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahrani Mohamad/Sarah Abdul Halim (Kedah)

KULIM, 11 April (Malaysiaaktif) – Seramai 150 orang bidan kampung, tok mudim, penggali kubur, guru agama dan juru mandi jenazah diraikan dalam Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Menteri Besar Kedah Peringkat Daerah Kulim di Masjid Taman Mutiara Kulim, semalam.

“Jasa mereka terhadap umat Islam di kawasan ini sangat dihargai oleh pihak kerajaan. Hal ini terbukti apabila saban tahun kerajaan negeri Kedah tidak pernah lupa menyantuni golongan ini.

“Ramadan merupakan madrasah untuk kita tingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT, marilah kita beramal seperti Ramadhan kita yang terakhir,” ujar Ahli Majlis Negeri Kedah, Dato Wira Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang mewakili Menteri Besar Kedah dalam ucapannya.

Turut hadir Pegawai Daerah Kulim, Haji Abdul Bari Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Hajjah Siti Ashah Haji Ghazali, Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kedah, Azman Nasruddin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kulim, Nadzman Mustaffa serta Ketua-Ketua Jabatan Daerah Kulim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda