Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kolam Transit ‘Seabreeze’ Bantu Suri Rumah Jana Pendapatan

By 28 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Safwanah Zulkopli (Georgetown)

GEORGETOWN, 28 April (Malaysiaaktif) – Sejak dahulu sehingga kini kebanyakkan nelayan pantai menjual hasil tangkapan kepada orang tengah atau peraih.

Namun, seorang suri rumah berjaya menjual hasil tangkapan tersebut melalui projek kolam transit ‘seabreeze’ di Kampung Warisan Nelayan Tanjong Tokong, dekat sini.

Syahifah Vivi, 33, berkata beliau telah mempelbagaikan hasil tangkapan hidup dengan menggunakan teknik bubu yang diletakkan di dasar laut dan ternyata ianya memberi hasil tangkapan yang agak lumayan.

“Sehingga kini saya sudah memiliki enam buah kolam transit dengan pelbagai hasil laut antaranya belangkas, ketam, kerapu, jenahak, udang karang, sotong kurita, udang dan pelbagai jenis siput.

“Saya juga turut menghasilkan dan menjual produk hasil laut sejuk beku,” katanya di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda