Laporan/foto: IrmanYusoff/M.Yamuna (Pahang)
TEMERLOH, 28 April (Malaysiaaktif) – Empower ECER Temerloh berjaya melahirkan lebih ramai usahawan tempatan setelah mengikuti program latihan keusahawanan yang dikelolakan pihak mereka.
Norhayati Zakaria, 51, seorang pengusaha makanan adalah contoh bekas peserta yang kini menjadi seorang usahawan hasil bantuan dan tunjuk ajar oleh Empower ECER Temerloh.
āTerima kasih kepada Empower ECER Temerloh yang banyak memberikan bantuan dan tunjuk ajar kepada saya sehingga berjaya seperti hari ini,ā katanya.
Beliau ditemui di Program Jalinan Kasih Empower ECER Temerloh Pemberian Bubur Lambuk Percuma yang dirasmikan oleh Pegawai Daerah Temerloh, Dato Ali Syahbana Sabaruddin.
Empower ECER adalah program kelolaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang menyediakan latihan keusahawanan sekaligus membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup terutamanya golongan B40.
-ZS-