Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Inisiatif Kerajaan Bantu Rakyat Melalui Jualan Keluarga Malaysia

By 3 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

PASIR MAS, 2 April (Malaysiaaktif) – Program Jualan Keluarga Malaysia (JKM) adalah satu inisiatif kerajaan dalam usaha membantu rakyat khususnya golongan B40 luar bandar bagi mendapatkan barangan keperluan harian yang bermutu dan murah.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Rosol Wahid, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri akan terus membantu dan membela rakyat agar rakyat hidup senang tanpa ada masalah.” katanya dalam perasmian Program Jualan Keluarga Malaysia Karnival Cakna Rakyat anjuran KRT Binjal, Pertubuhan Ikatan Murni Chetok dan agensi-agnsi kerajaan Pasir Mas di Dataran KRT Kampung Binjal.

Pada sebelah paginya diadakan Fun Ride Ambang Ramadhan 2022 sejauh 30 km disertai oleh 500 peserta berbasikal.

Sekitar 700 orang hadir ke Program Jualan Keluarga Malaysia Karnival Cakna Rakyat ini.

Turut sama di Majlis ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Hajjah Siti Zailah Mohd Yusuf, ADUN Chetok, Zuraidin Abdullah dan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohd Nasaruddin Nasir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda