Laporan/foto: Siti Noor Ain Mohd Zain (Kerian)
PARIT BUNTAR, 17 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak 100 bungkusan makanan diagihkan kepada anggota keselamatan, pengawal keselamatan dan masyarakat setempat di sekitar daerah Kerian dalam Program Temu Sahur anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kerian.
Program ini bertujuan menzahirkan penghargaan dan meraikan petugas keselamatan yang sedang bertugas disamping berkongsi rezeki di bulan Ramadan.
Selain itu pihak Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) juga turut menyumbang sebanyak 30 kampit beras kepada mereka yang memerlukan semasa program tersebut berlangsung bermula jam 9.00 malam semalam.
Menurut wakil AADK merangkap penyelaras program, Syaharul Nizam berkata “selain mengedarkan bungkusan makanan di beberapa agensi kerajaan terpilih, program ini turut menyumbang makanan sahur dan beras kepada pegawal keselamatan dibeberapa sekolah sekitar daerah Kerian”
“Program seperti ini harus diteruskan bagi meraikan petugas dan membantu mereka yang memerlukan disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi kerajaan dan masyarakat pada masa akan datang” ujar beliau.
-ZS-