
Laporan/foto: Siti Fairuz Ngatenan (Sarawak)
KUCHING, 20 April (Malaysiaaktif) – Penasihat Kolej, Nurul Zawiyah Mohamad hadir menyempurnakan Program Ihya Ramadan Bubur Lambuk 1443H anjuran Persatuan Bersatu Alumni Kolej Komuniti Kuching (PBAKKKg) di perkarangan Kolej Komuniti Kuching.
“Bantuan barang keperluan dan duit raya sumbangan bersama PBAKKKg dan Pertubuhan Kebajikan dan Warisan Islamiyah Sarawak (PEJASA) diserahkan kepada alumni pelajar yang terpilih bagi meringankan beban mereka menyambut Hari Raya,” kata Suria Deresa, 38, semasa ditemui semalam.
Terdahulu, sebanyak 550 bungkus bubur lambuk turut diagihkan kepada semua warga KKKg, Pertubuhan Baiturrahmah dan Madrasah Darul Uloom Islamiyyah Kuching.
-ZS-