Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

PBAKKKg Ringan Beban Sambutan Aidilfitri Alumni Pelajar

By 20 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Fairuz Ngatenan (Sarawak)

KUCHING, 20 April (Malaysiaaktif) – Penasihat Kolej, Nurul Zawiyah Mohamad  hadir menyempurnakan Program Ihya Ramadan Bubur Lambuk 1443H anjuran Persatuan Bersatu Alumni Kolej Komuniti Kuching (PBAKKKg) di perkarangan Kolej Komuniti Kuching.

“Bantuan barang keperluan dan duit raya sumbangan bersama PBAKKKg dan  Pertubuhan Kebajikan dan Warisan Islamiyah Sarawak (PEJASA) diserahkan   kepada alumni pelajar yang terpilih bagi meringankan beban mereka menyambut Hari Raya,” kata Suria Deresa, 38, semasa ditemui semalam.

Terdahulu, sebanyak 550 bungkus bubur lambuk turut diagihkan kepada semua warga KKKg, Pertubuhan Baiturrahmah dan Madrasah Darul Uloom Islamiyyah Kuching.

-ZS-

Tinggalkan komen anda