Laporan/foto: Irman Yusoff (Pahang)
TEMERLOH, 20 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak 25 buah masjid dan 30 buah surau sekitar Sematan, disasar untuk diimarahkan dalam Jelajah Ramadan Semantan pada tahun ini.
Jelajah itu merupakan usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semantan Dato’ Nor Azmi Mat Ludin untuk menyantuni dan menyalurkan pelbagai sumbangan serta bantuan kepada penduduk.
Menurut Nor Azmi, aktiviti keagamaan seperti tazkirah dan tadarus al-Quran turut dijalankan sementara menunggu waktu berbuka puasa.
“Semoga kita terus menjadi pencinta al-Quran dan mendapat syafaatnya nanti,” ujar beliau ketika ditemui di Surau Mutaqqin, Damai Court, baru-baru ini.
“Pihak kami juga menyumbangkan kerusi kuliah untuk kegunaan jemaah surau dan masjid serta juadah berbuka puasa,” katanya lagi.
-ZS-