Laporan/foto: Judy Henry (Sarawak)
KUCHING, 20 April (Malaysiaaktif) – Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) julung kalinya mengadakan mesyuarat bersama exco Jawatankuasa Perkhidmatan Pacuan Industri dan Perundingan (JPPIP) di ibu pejabat Sarawak Skills, hari ini.
Penubuhan JPPIP adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan PPKS untuk mengubah kemahiran Sarawak menjadi hab pembangunan bakat berteraskan industri.
“Peranan PPKS menyediakan pendidikan dan latihan berteraskan industri dengan membangunkan Sarawak Skills menjadi pusat latihan berasaskan penyelidikan bagi membentuk trend industri dan menyumbang kepada transformasi sektor ekonomi utama Sarawak selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030,” menurut Hallman Sabri.
-ZS-