Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

PM Rasmi Pasaraya MG CoopMart Bera

By 18 April 2022April 21st, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fitri Halim (Pahang)

BERA, 17 April (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Pasaraya Coop Mart Bera, di sini, hari ini.

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, pasaraya ini menawarkan harga barangan yang murah dan berpatutan sekaligus ia dapat membantu golongan B40 dan segenap lapisan masyarakat Keluarga Malaysia.

“Diharapkan dengan kerjasama Koperasi Berhad dan Komakmur Berhad ini dapat diperkukuhkan dengan menambahkan lagi cawangan di negeri-negeri lain pula,” katanya.

Pasaraya ini merupakan cawangan ke-12 yang dibuka di negeri Pahang.

Perdana Menteri turut meluangkan masa menyampaikan bantuan banjir kepada 233 orang peserta Amanah Ikhtiar Malaysia dan Tekun Daerah Bera.

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, YB Tan Sri Noh Omar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda