Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Bazar Kemboja Meriah Menjelang Aidilfitri

By 18 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail (Perak)

PARIT BUNTAR, 17 April (Malaysiaaktif) – Suasana meriah seawal jam 10.00 pagi dapat dilihat di sekitar Bazar Kemboja di sini apabila orang ramai mula sibuk mencari persiapan persalinan menjelang perayaan Aidilfitri.

Harga yang berpatutan dengan pelbagai pilihan persalinan menjadi faktor utama Bazar Kemboja ini menjadi pilihan orang ramai tidak kira yang datang dari jauh dan dekat.

Selain itu, keadaan bazar yang luas, mempunyai kemudahan surau serta tandas yang disediakan menjadi faktor utama ianya menjadi pilihan pengunjung.

Peniaga bazar, Suhana Rahim 38 tahun, berkata “jualan pada bulan Ramadan tahun ini naik mendadak dari biasa apabila kerajaan mengumumkan tiada sekatan berhari raya pada tahun ini”.

-ZS-

Tinggalkan komen anda