Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Rezeki Rempeyek ‘Cili Padi’ Noriah Chik

By 28 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azimee Abdullah/Salawati Mat Shariff (Barat Daya)

BALIK PULAU, 28 April (Malaysiaaktif) – Setiap kali musim perayaan Rempeyek ‘Cili Padi’ pasti mendapat sambutan sehingga pemiliknya Noriah Chik, terpaksa menolak tempahan baharu yang terlalu banyak kerana tidak mampu menyediakannya.

Usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ini telah menceburi bidang penghasilan makanan kuih tradisional rempeyek sejak tahun 2007.

“Saya menyediakan empat jenis perisa iaitu rempeyek kacang tanah, ikan bilis, kacang dal dan kacang hijau daripada resepi turun-menurun.

“Terima kasih kepada Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang atas bantuan alatan pemprosesan makanan, ia secara tidak langsung membantu meningkatkan hasil jualan rempeyek saya,” katanya.

Noriah ketika ditemui berkata, produknya itu turut dipasarkan ke seluruh negeri Pulau Pinang.

Walaupun terdapat kenaikan harga bahan mentah namun, beliau masih menjual rempeyek tersebut dengan harga RM14 untuk 50 keping.

-ZS-

Tinggalkan komen anda