Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pengimarahan Masjid Bina Komuniti Berkebajikan

By 29 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Hasrulazlinda Hassan (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 29 April (Malaysiaaktif) –  Peranan masjid kini bukan sahaja terhad kepada aktiviti keagamaan malahan perlu merentas aktiviti kemasyarakatan bagi membina komuniti berkebajikan.

Dalam ucapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah YB Dato’ Eddin Syazlee Shith, pengurusan masjid bersama-sama kariah perlu mengimarahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti kemahiran seperti menjahit, membuat kuih, memasak dan lain-lain agar komuniti dapat menjana pendapatan.

“Pendekatan sebegini dapat membantu asnaf dan saudara baru agar tidak terasa terasing dan ketinggalan.

“Secara tidak langsung ia dapat mendekatkan masyarakat ke masjid,” ujar beliau semasa Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Kasih Asnaf Parlimen Kuala Pilah di Masjid Qaryah Temeris Senaling, di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda