Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Rumah Mampu Milik untuk Rakyat

By 28 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 28 April (Malaysiaaktif) – Salah satu Dasar Perumahan Negara, adalah meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki atau menyewa rumah.

Berdasarkan kepada dasar inilah, Majlis Pengundian Rumah Mampu Milik Jenis ‘A’, Taman Nada Seruni Juasseh telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Aminuddin Harun.

“Penyediaan Rumah Mampu Milik merupakan salah satu inisiatif dalam memastikan kelangsungan hidup rakyat sentiasa wujud di samping membuka ruang penambahbaikan taraf hidup rakyat.

“Daripada 682 borang permohonan, 102 borang telah disenarai pendek dan 40 orang dipilih sebagai penerima kunci pada hari ini,” katanya di sini semalam.

Menurut salah seorang pemohon Irmawati Shukor, 46, sebelum ini beliau pernah menghantar borang permohonan, tetapi tidak berjaya.

“Namun kali ini saya berjaya mendapat tawaran untuk memiliki rumah yang diidamkan selama ini,” katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap dan pemimpin-pemimpin negeri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda