Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Tanaman Cili Raih Pendapatan Lumayan

By 22 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Ali Imran Johari (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 21 April (Malaysiaaktif) – Kejayaan sasaran RM300,000 setahun pulangan hasil projek tanaman cili oleh Koperasi Rukun Tetangga (KRT), Telaga Batin membantu meningkatkan ekonomi ahli mereka.

Ahli koperasi KRT, Ariff Mohd Din, 62, berkata tanaman secara fertigasi yang diusahakan sejak lima tahun yang lalu, bersama-sama 10 ahli koperasi lain telah membuahkan hasil yang lumayan setiap kali hasil tanaman berjaya dipasarkan sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

“Lebih menarik, selain menjadi satu-satunya KRT yang menubuhkan koperasi, KRT Telaga Batin juga turut muncul sebagai jawatankuasa pertama di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang mengusahakan tanaman secara berkelompok berkenaan,” katanya ketika ditemui di ladang penanam pokok cili di sini, semalam.

Ketika ini, ahli koperasi telah mengembangkan lagi sayap ekonomi (KRT) dengan memulakan projek menanam cili sebanyak 3000 pokok di mana ia merupakan usaha terbaru untuk menambah pendapatan selain memberi peluang pekerjaan kepada penduduk.

-ZS-

Tinggalkan komen anda