Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)
KUCHING, 21 April (Malaysiaaktif) – Timbalan Pengarah JaPen Sarawak, Aziz Abdul Rahman hadir menyempurnakan Program ‘Jom Baca Bersama 10 Minit’ bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia di Pusat Sumber dan Fotografi (PSF) di sini, pagi tadi.
Program yang diadakan serentak di seluruh negara bertujuan memberi kesedaran serta meningkatkan amalan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.
“Kami di PSF agak teruja melihat sambutan yang menggalakkan oleh semua warga JaPen dalam menyertai program ini. Bagi mengelakkan kesesakan di ruang PSF, kakitangan turut mengikutinya di ruang kerja masing-masing,” kata Reynold Sator.
-ZS-