Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Peralihan ke Fasa Endemik Jayakan Sambutan Aidilfitri Pentadbiran Daerah Kuala Pilah

By 26 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)/Mohd Nabil (SUK Negeri Sembilan)

KUALA PILAH, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Bulan Syawal terus diraikan dengan membawa semangat mengeratkan silaturahim. Pentadbiran Daerah Kuala Pilah juga tidak ketinggalan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 bersama semua jabatan di Kuala Pilah, di sini semalam.

Suasana bertambah meriah dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang turut bersama orang ramai menjamu selera di setiap gerai yang disediakan.

Menurut penjawat awam Normah Abu Kassim, 41, suasana menyambut hari raya bersama rakan-rakan seperti ini sudah lama tidak dirasai sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

“Syukur kerana kita boleh berkumpul dan meraikan syawal bersama sahabat handai dengan pelbagai kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan dalam peralihan ke fasa endemik ini. Kita juga harus sentiasa berwaspada agar kita tidak lagi kehilangan kenikmatan yang kembali ini,’’ ujarnya ketika ditemui.

Turut diadakan majlis penyampaian watikah pelantikan pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) seluruh daerah Kuala Pilah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda