Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pesta Angin Timur Semarak Keunikan Kesenian Warisan Tradisi

By 22 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Majlis Perasmian Pesta Angin Timur Perlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya serta YAB Dato’ Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis, bermula 4.00 petang tadi di Auditorium Kompleks JKKN Perlis.

“PAT yang telah bermula pada tahun 2011, menjadi program tarikan pelancong dengan kejayaan pulangan pada tahun 2021 adalah sebanyak RM468, 540.00 melalui syarikat telekomunikasi @ TELCO dengan tarikan pengunjung 82,200”, ucap YAB Menteri Besar Perlis, Dato Seri Azlan Man ketika ucapan aluan perasmian.

PAT 2022@Hibrid dimeriahkan dengan persembahan Kumpulan Kesenian JKKN Perlis seperti tarian kesenian Negeri Perlis, persembahan kesenian Siam, deklamasi sajak berkisarkan bendang serta persembahan nyanyian oleh artis-artis tempatan.

Persembahan kesenian autentik negeri Perlis juga ditonjolkan seperti teater Hadrah, Alu Bunyi, Ghazal dan pelbagai pengisian yang akan menonjolkan budaya tempatan terutama bagi rakyat negeri Perlis yang dijadualkan pada hari ini sehingga esok.

-ZS-

Tinggalkan komen anda