Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Komuniti Keluarga Malaysia Agen Penyampaian Maklumat Dasar Kerajaan

By 22 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Judy Henry (Sarawak)

KUCHING, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 50 ahli komuniti keluarga Malaysia (KKM) daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N14 Batu Kawah menyertai
Program Taklimat Isu-Isu Semasa anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPEN), Daerah Kuching di Kampung Sinar Budi Lama, hari ini.

“Penubuhan KKM dibawah seliaan JaPEN adalah bertujuan untuk membuka ruang kepada penduduk tempatan menjadi agen pemasaran maklumat tentang dasar-dasar kerajaan agar ianya sampai ke peringkat akar umbi,” kata Magdellina Alfred Jeho.

Antara pengisian program adalah perkongsian maklumat melalui ceramah jenayah siber oleh PDRM dan mini pameran oleh Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Kuching.

-ZS-

Tinggalkan komen anda