Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Program Kebuniti Maksimakan Penggunaan Tanah di Bangunan Kerajaan

By 15 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Yusoff Irman/M.Yamuna (Pahang)

TEMERLOH, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Penggunaan ruangan tanah kosong di bangunan kerajaan dimanfaatkan dengan Program Kebuniti.

Program yang merupakan jalinan kerjasama antara Jabatan Pertanian dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Temerloh ini merupakan Projek Pertanian Bandar Kategori Komuniti Balai Bomba dan Penyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Temerloh, Moshen Tuan Ismail menyifatkan aktiviti ini amat baik dan memberikan manfaat kepada anggota.

“Ia memanfaatkan ruang kosong di sini dengan tanaman ringkas seperti salad dan sawi serta tanaman fertigasi seperti timun ulam dan timun jepun,” katanya.

Ahli Dewan Negeri Kuala Semantan, YB Dato’ Nor Azmi Mat Ludin yang hadir merasmikan program ini baru-baru ini turut menyifatkan program ini bermanfaat dan sesuai diusahakan bagi memaksimakan penggunaan tanah kosong di bangunan kerajaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda