Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Maritim Labuan Tahan Dua Warga Indonesia Miliki Dokumen Tamat Tempoh

By 15 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/APMM

LABUAN, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim
Malaysia) Zon Maritim Labuan menahan dua orang kru kapal warga Indonesia kerana memiliki dokumen pengenalan diri yang tamat tempoh.

Menurut Pengarah Zon Maritim Labuan, Kapten Maritim Nudin Jusoh, semasa rondaan rutin Op Benteng/ Op Khas Pagar Laut 1/22, pasukan operasi telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di kedudukan 22 batu nautika dari Pulau Labuan.

“Pemeriksaan mendapati bot nelayan terbabit dikendalikan empat orang kru warga Indonesia yang berumur dalam lingkungan 22 hingga 37 tahun, dua daripada kru terbabit memiliki dokumen pengenalan diri yang sudah tamat tempoh.

“Bot nelayan, nakhoda kapal bersama kesemua kru ditahan dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM10 ribu atau penjara tidak melebihi 5 tahun jika sabit kesalahan, ” katanya dalam satu kenyataan semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda