Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

‘Raya Skate Reunion’ Kumpul Peminat Sukan Papan Selaju

By 24 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusoff Irman/M.Yamuna (Pahang)

TEMERLOH, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Setelah dua tahun sepi tanpa sebarang aktiviti, peminat sukan papan selaju di daerah ini mengambil peluang untuk bertemu sempena bulan Syawal yang masih berbaki.

Berlangsung di Skate Park Temerloh, kira-kira 100 orang menghadiri ‘Raya Skate Reunion Volume 8’ anjuran Angkatan Bahaman baru-baru ini.

Presiden Angkatan Bahaman, Hassanal Bolkiah Hassan berkata majlis ini mengumpulkan sebilangan anak muda yang meminati sukan papan selaju di daerah Temerloh dan sekitarnya.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan setelah dua tahun kita tidak berkumpul dan sememangnya aktiviti sukan ini dapat memastikan anak muda kekal aktif dan terhindar daripada aktiviti yang tidak berfaedah,”katanya.

Majlis yang bermula seawal pukul 4.00 petang itu turut menawarkan hadiah lumayan dalam beberapa kategori pertandingan seperti ‘Best Trick’, ‘Game of Skate’ dan ‘Ollie Long’.

-ZS-

Tinggalkan komen anda