
Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)
KANGAR , 12 Mei (Malaysiaktif) – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid telah berkenan hadir ke Majlis Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis di Dewan 2020, di sini baru-baru ini.
Menurut Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, seramai 15 ribu rakyat negeri Perlis hadir pada majlis rumah terbuka itu yang bermula dari pukul 11 pagi hingga 4.30 petang.
“Saya difahamkan hampir empat puluh juadah yang berbeza disajikan untuk tetamu dan sambutan orang ramai sangat mengalakkan. Mungkin kerana hampir dua tahun majlis jamuan Hari Raya tidak dapat diadakan kerana wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara ini,” jelasnya.
Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Majlis diserikan lagi dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak.
-ZS-