Laporan/foto: Yusoff Irman/Ainil Hayati Ibrahim (Pahang)
TEMERLOH, 27 Mei (Malaysiaaktif) – Syawal yang masih berbaki beberapa hari sahaja lagi masih meriah dengan sambutan dan majlis Hari Raya Aidilfitri.
Ahli Parlimen Kuala Krau Dato’ Sri Dr. Ismail Mohamed Said turut meraikan penduduk di Majlis Jamuan Aidilfitri 2022 PDM Kuala Krau, di sini baru-baru ini.
“Alhamdulillah, rasa sangat bersyukur kerana ramai yang hadir dan bersama memeriahkan majlis sambutan ini,” katanya yang turut menyampaikan duit raya kepada semua yang hadir.
Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Negeri YB Dato Seri Mohamad Jaafar yang juga merangkap Ahli Dewan Negeri Jenderak.
-ZS-