Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

‘Pesta’ Rumah Terbuka DUN Duyong Raih Perhatian Warga Melaka

By 27 Mei 2022Mei 30th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)

DUYONG, 27 Mei (Malaysiaaktif) – Lebih 7,000 pengunjung pelbagai bangsa hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong 2022 di Perkampungan Hang Tuah, di sini baru-baru ini.

Menurut Ahli DUN Duyong Mohd Noor Helmy, Rumah Terbuka DUN Duyong mendapat sambutan yang luar biasa daripada masyarakat Duyong dan sekitar kawasan setelah dua tahun tiada sambutan rumah terbuka kerana pandemik Covid-19.

“Kelainan dalam rumah terbuka DUN Duyong ialah tarian singa, kereta lembu dan kuda menarik perhatian pengunjung. Lokasi majlis juga agak unik kerana mengekalkan budaya dan tradisi kita.

“Saya dan barisan kepimpinan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) amat teruja dengan kehadiran orang ramai sehingga lewat malam. Terima kasih kepada semua yang berkerja keras menjayakan majlis ini,” katanya lagi.

Turut hadir Yang Di Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Rustam dan Toh Puan Asmah Abd Rahman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda