
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)
LABUAN, 27 Mei (Malaysiaaktif) – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan mengagihkan RM1.9 juta kepada 3952 orang asnaf di pulau itu melalui Skim Bantuan Aidilfitri pada bulan Ramadan yang lalu.
MenurutĀ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), DatukĀ Ahmad MarzukĀ Shaary, MAIWP Labuan juga mengagihkan bantuan pakaian dan peralatan persekolahan bagi sesi 2022 sebanyak RM1.9 juta kepada 5770 orang pelajar di seluruh sekolah di Labuan.
āBantuan lain yang disalurkan baru-baru ini juga adalah bantuan membina dan membaiki rumah. Bermula awal Januari lalu sehingga Mei ini sahaja, sebanyak RM476,480 telah diberikan untuk membina 14 buah rumah asnaf yang layak.
āBantuan ini adalah inisiatif MAIWP mengagihkan zakat melalui skim-skim bantuan yang tidak hanya tertumpu kepada segi sosio-ekonomi,Ā tetapi dari segi kebajikan dan pembangunan modal insan masyarakat Islam di Labuan,ā katanya semasa merasmikan Majlis Tautan Kasih Aidilfitri Bersama Asnaf, di sini semalam.
-ZS-